Bukan sahaja persoal, Nadir Al-Nuri dedah cara team Ebit Lew di Gaza… tapi akui tak pernah iri hati, cuma kongsi tegu.ran ‘kasih-sayang’

Muhammad Nadir (gambar kecil) membuat teguran kepada pasukan Ebit Lew menerusi saluran Telegram miliknya.

KEMELUT melibatkan misi kemanusiaan ke Gaza oleh pendakwah Ustaz Ebit Lew terus ha.ngat diperkatakan rakyat negara ini.

Terbaharu, rakyat Malaysia tinggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan panjang berhubung hal itu menerusi saluran Telegram miliknya.

Menurut Muhammad Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4za Malaysia, dia tidak menyimpan perasaan `1ri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

Imbas Muhammad Nadir, dia cukup gembira sejurus dikhabarkan mengenai rancangan Ebit untuk menyalurkan bantuan di G4za dan turut membantu mereka dengan kertas kerja, namun dia tidak mendapat sebarang maklum balas beberapa hari kemudian.

“Semasa team EL (Ebit Lew) di Kaherai, saya cuba beberapa kali untuk berhubung dengan team EL untuk mendapatkan perkhabaran tetapi tiada sebarang maklum balas. Sehingga rakyat Malaysia dan media menjadi ris4u tentang kehil4ngan ‘Hero Malaya’.

“Selama sebulan team EL terus sepi, timbul pelbagai spekul4si keselamatan ter4ncam dan sebagainya, walaupun hakikat ia jauh dari kebenaran.

“Rakan-rakan di Kaherah maklumkan team EL masih di bilik hotel, boleh pergi bersiar-siar di kawasan pelancongan Husein dan melawat piramid (seperti post oleh pembantu peribadinya) sambil menunggu usaha agar diberi kebenaran memasuki ke G4za,” dakwanya.

Bercakap atas pengalamannya sendiri, Muhammad Nadir mengakui terkej.ut apabila pasukan Ebit Lew membeli barangan bantuan sebanyak empat lori di Mesir, sedangkan ia boleh dibeli di G4za.

Kata Muhammad Nadir, dia tak pernah menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit.

“Sebelum ini saya pernah memaklumkan kepada media bahawa cara terbaik untuk memberi bantuan ke bumi Gaza adalah dengan pembelian barangan keperluan di dalam pasaran tempatan di G4za, kerana terdapat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan terus kepada masyarakat yang memerlukan.

“Telah banyak pengalaman-pengalaman NGO seluruh dunia cuba untuk memasuki G4za dengan membawa barangan-barangan keperluan dalam bentuk perubatan dan makanan sehingga tersadai dan terbiar, malahan tamat tempoh serta tidak boleh digunakan. Akhirnya berlaku pembaziran yang amat d4hsyat.

“Terpanggil saya untuk memberi teguran manja sedikit berkaitan bantuan yang ingin disampaikan ke G4za, tetapi disalah ertikan dan ditafsirkan oleh sebahagian pihak bahawa teguran itu bermakna saya mahukan bantuan sampai melalui saya.

“Persoalan lain pula timbul di mata masyarakat bagaimana barang-barang yang sudah di beli di Cairo (Kaherah) tersebut? Adakah bantuan ini sudah berjaya masuk? Setahu saya ia masih lagi tersadai di Mesir beserta bantuan-bantuan lain yang tidak dibenarkan masuk lagi pun.

“Bukankah ia satu pembaziran? Saya menyeru pihak team EL untuk berani tampil memberi pencerahan dan penjelasan supaya tidak timbulnya bibit-bibit fitn4h lain,” tulis Muhammad Nadir lagi.

Dalam penjelasan itu, Muhammad Nadir menafikan dakw4an kononnya dia den.gki dengan Ebit, sebaliknya cukup mengalu-alukan kehadiran beliau.

Dakwanya, Ebit yang duduk bersebelahan dengannya langsung tak menegur mahupun menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Jam 2 pagi, kami dimaklumkan rombongan sudah melepasi sempadan Rafah sebelah Mesir dan akan masuk ke G4za. Perasaan ketika itu seronok bukan kepalang. Saya ditolak wakil Kementerian Luar berada di barisan hadapan menyambut rombongan dan apabila turun dari bas, sebahagian team bersalam sedangkan separuh lagi termasuk EL berjalan jauh daripada saya.

 

Ebit ketika berada di bumi Gaza.

“Tidak ada sepatah kata pun dituturkan oleh seluruh team kepada saya melainkan pengawal keselamatannya yang terus menegur dan membisik ke telinga saya, awak orang Malaysia kan, jangan buat live ya.

“Pelik dan terkej.ut, ketika itu saya menyedari kehadiran saya tidak disenangi. Saya berjalan di belakang rombongan, cuba menjauhkan diri tetapi apabila EL diminta duduk di kerusi VIP, wakil Kementerian Luar memanggil saya dan meminta saya duduk di sebelahnya. Saya menolak kerana tidak mahu menimbulkan suasana tidak selesa tetapi setelah dip4ksa, saya akur.

“EL yang duduk di sebelah langsung tak menegur, tak menghulurkan tangan untuk bersalam dan barangkali kerana kepenatan tergesa-gesa untuk bangun semula. Mereka bangun untuk solat dan saya memerhatikan dari jauh, cuba memahami apa yang sedang berlaku,” ujarnya.

Dakwa Muhammad Nadir, tindakan pasukan Ebit yang masuk ke Gaza dengan membayar kepada sebuah syarikat dengan harga tinggi ternyata memberi kesan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Selama lapan tahun sebelum ini katanya, semua NGO masuk ke Gaza melalui Rafah dengan melalui NGO Miles of Smiles dengan jumlah maksimum 200 ke 300 orang sahaja dalam setahun.

“Kaedah ini telah diamalkan oleh semua NGO yang telah berjaya beberapa kali keluar dan masuk ke Gaza. Kenapa kaedah team EL memberi kesan besar kepada NGO lain? Kerana kalau sebelum ini banyak NGO boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terp4ksa menggunakan cara baru dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi.

“Syarikat Hala bukan rahsia untuk penduduk G4za. Khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya, iaitu A$1200 (RM5,076) seorang untuk orang tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar ke G4za dan dengan bayaran tersebut akan mendapat layanan istimewa tanpa perlu berhenti di banyak checkpoint dan berhenti di ‘bottle neck’ merentas Terusan Suez yang biasanya mengambil masa 2,3 hari untuk dilalui,” ujarnya.

Kemelut melibatkan Ebit terus menjadi perbualan netizen.

Muhammad Nadir turut menyeru pasukan Ebit agar berani tampil memberi penjelasan mengenai beberapa perkara yang disebutkannya demi mengelakkan fitn4h berpanjangan dalam kalangan netizen.

Pada penghujung tulisannya di Telegram yang disertai lebih 260,000 pengikut itu, Muhammad Nadir turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang membaca.

Tulisan itu dikongsi pada Selasa, pukul 2.43 pagi dari bumi G4za.

Untuk rekod, kisah misi ini mula ‘pan.as’ selepas penyanyi rap Caprice tampil membuat pendeda.han baru-baru ini, namun dia sudahpun membuat permohonan maaf pada Selasa.

Sumber : Mstar

Leave a Comment