Gadis ini tak nak kalah selepas terpegun tengok kucingnya pandai berenang dalam laut – “Saya mandi pantai bawa pelampung”

Najihah bersama kucingnya yang boleh berenang ketika mandi di tepi pantai.
BUKAN mudah untuk memandikan kucing di rumah kerana kebanyakan haiwan kesayangan ramai itu t4kut pada air.

Berbeza pula dengan seorang gadis apabila kucing peliharaannya dibawa mandi di laut.

Video yang meraih lebih dua juta tontonan di akaun TikTok @alyaaamran itu menyaksikan seekor kucing berenang di laut.

Pemilik kucing tersebut, Siti Nur Najihah Azman Shah berkata, kucing jantan bernama Mei itu berusia lebih setahun dan rakaman dibuat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Gadis berusia 24 tahun itu memberitahu, dia sering membawa kucing kesayangannya itu ke pantai kerana jaraknya hanya kira-kira lima minit perjalanan dari rumah bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Mei ni sebenarnya kucing jalanan. Saya jumpa dia masa baru lahir, di tepi jalan dekat kawasan kampung lebih setahun lalu.

“Dari kecil dia memang tak t4kut dengan air apabila saya selalu bawa dia ke bilik air setiap kali saya mandi. Dia akan mandi sekali,” katanya kepada mStar.

Kucing Najihah bernama Mei.

Lebih mesra disapa Najihah, katanya, dia mula membawa kucing peliharaannya itu ke pantai pada Disember tahun lalu.

Namun gadis yang berasal dari Nilai itu pada mulanya tidak mengetahui kucing miliknya boleh berenang.

“Saya bawa dia ke tepi pantai untuk mandikan. Masa air laut paras buku lali. Selepas tu nampak dia terapung dan mula berenang.

“Video yang viral tu dirakamkan di pantai yang sama, minggu lepas. Masa tu air laut di paras pinggang saya. Itulah kali kedua sah dia boleh berenang,” ujarnya.

Kucing yang manja.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia tidak boleh membawa kucingnya jauh ke tengah laut kerana dirinya sendiri tidak pandai berenang.

“Saya tak pandai berenang. Kalau mandi di pantai biasanya setakat air di paras pinggang. Saya selalu bawa pelampung ke pantai untuk mandi.

“Teringin masuk kelas berenang sebab saya suka pergi pantai. Ikutkan nak belajar sejak tahun lepas tapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pula, tak ada kelas yang beroperasi,” tambahnya.

Mei dibela Najihah sejak lebih setahun lalu.

Pada masa ini, kata Najihah, dia memandikan kucingnya yang disifatkan manja itu menggunakan besen bayi di bilik air.

“Tapi sebab besen bayi kecil je jadi rendah sangat untuk kucing berenang. Saya tak terfikir pula nak beli kolam renang portable (mudah alih), macam membazir.

“Kucing saya ni tak t4kut air pun, boleh je dia mandi kat bilik air. Lagipun saya memang selalu ke pantai, jadi akan bawa dia sekali untuk berenang,” katanya.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor itu sentiasa mengawasi pergerakan kucingnya ketika di pantai.

Najihah sentiasa mengawasi pergerakan kucingnya.

“Walaupun dilepaskan, saya sentiasa mengawasi pergerakannya. Saya tak mahu dia berenang lama-lama kerana belum tahu sejauh mana keupayaan dia, dan mahu dia berasa selamat.

“Tak sabar saya nak masuk kelas berenang. Kucing dah boleh berenang, tunggu giliran saya pula selepas ini untuk berenang sama,” ujar Najihah.

Sumber : Mstar

Leave a Comment