Isteri sedang berpantang reda suami disahkan ada mas4lah paru-paru, tak sempat keluar wad positif Covid-19 pula… tiada memori ketika anak newborn!

Muzammil (kiri) disahkan menghid4p peny4kit paru-paru berair selepas dem4m selama dua minggu.BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah dugaan yang perlu dipikul seorang isteri apabila terpaksa berpisah dengan suaminya ketika sedang berpantang.

Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan menunjukkan bagaimana dia diuji apabila suaminya tiba-tiba jatuh sakit selepas menyambut kelahiran anak sulung mereka,

Perkongsian tersebut setakat ini meraih 190,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Bercerita lebih lanjut kepada mStar, Fatini Md Zahari, 24, berkata, video tersebut dimuat naik untuk dijadikan peringatan buat dirinya dan suami, Muhammad Muzammil Junaidi yang sebaya usia untuk kekal bersemangat demi anak mereka.

Jelasnya lagi, suaminya jatuh sakit 15 hari selepas dia melahirkan anak sulung mereka, Muhammad Eusof Muhammad Muzammil yang kini berusia 41 hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Video itu saya buat sebab nak bagi semangat untuk diri sendiri dan suami supaya terus kuat demi anak.

“Sebab saya baru sahaja melahirkan anak sulung kami pada 3 Ogos lalu dan suami jatuh s4kit sewaktu hari ke-15 berpantang.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung lelaki pada 3 Ogos 2021.

“Sekarang ni dah masuk hari ke-18 suami menjalani rawat4n di sebuah hospital di Kelantan. Suami saya dulu sangat aktif bersenam, tak pernah ambil apa-apa supplement.

“Memang tak sangkalah kami berdua diuji waktu dikurniakan cahaya mata yang pertama dan ketika suami saya masih muda,” katanya yang kini sedang berpantang bersama keluarganya di Ketereh, Kelantan.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, suaminya demam selama dua minggu sejak 17 Ogos lalu dan terp4ksa dimasukkan ke hospital kerana masal4h paru-paru berair.

Bagaimanapun, wanita ini sekali lagi diuji apabila suaminya disahkan positif Covid-19 selepas 10 hari mendapatkan rawat4n di hospital tersebut.

“Pada mulanya suami dem4m biasa selama 14 hari, minggu yang pertama tu kami ke klinik dan doktor bagi antibiotik. Tapi bila dah habis makan ubat semua, suami masih lagi demam… swab test menunjukkan keputusan negatif.

“Masuk minggu kedua, dia tak dapat tidur selama seminggu. Bermulalah panic attack dan anxiety sebab tak tidur, jadi kami mengambil keputusan untuk terus ke unit kecemas4n hospital.

Muzammil terp4ksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawat4n paru-paru, namun disahkan positif Covid-19 pada 5 September lalu.

“Doktor membuat pemeriksaan keseluruhan dan mendapati paru-paru suami berair dan terpaksa di masukkan ke wad untuk rawatan. Tetapi selepas 10 hari di hospital, tiba-tiba dia dij4ngkiti virus Covid-19 dan 19 pes4kit di dalam wad itu juga disahk4n positif.

“Maka terpaks4lah suami saya dipindahkan ke wad lain untuk kuarantin lagi 10 hari. Sekarang dia masih menunggu untuk habiskan tempoh kuarantin dan akan dipindahkan ke wad biasa semula bagi mendapatkan rawat4n susulan,” ujarnya yang mesra disapa Fatini.

Fatini mengakui dia pada mulanya berharap agar dugaan ini hanya bersifat sementara sahaja, namun pasrah apabila satu demi satu ujian Allah diberikan kepada mereka.

Pasangan ini reda dengan takdir dan berharap ada hikmah di sebalik segala dugaan yang dilaluinya.

“Cuma suami sedih tak dapat nak main dengan anak waktu newborn ni. Tapi dia sempatlah meraw4t luka saya sebaiknya dalam tempoh 14 hari pertama bayi lahir, lepas saya dah sembuh baru suami s4kit.

“Saya berpantang di rumah keluarga saya di Kelantan. Mak ayah, kakak dan adik saya banyak membantu untuk uruskan anak.

“Setiap hari saya berhubung dengan suami dan update pasal anak, dia berharap semua ni segera berakhir dapat balik jaga bersama-sama,” ujarnya.

Menurut Fatini yang merupakan usahawan keropok lekor ini, dia hampir berputus asa tetapi sedar bahawa Allah tidak akan menguji seseorang luar dari kemampuannya.

Mengenangkan perkara tersebut, dia terus memberi semangat kepada suaminya yang masih lagi berada di hospital.

“Sudah pasti saya ada rasa macam nak give up waktu awal-awal. Tapi kalau difikirkan semula, Allah tak akan menguji seseorang lebih dari kemampuannya.

“Jadi saya kena kuat untuk terus bagi semangat pada suami. Saya bersyukur kedua-dua belah keluarga dan rakan-rakan turut membantu beri semangat kepada kami.

Keluarga Fatini (empat, kanan) membantu menguruskan bayinya ketika berpantang.

“Satu benda yang saya belajar dari pengalaman ini ialah jangan ingat muda-muda tak kena peny4kit. Sebab kita takkan tahu bila Allah nak uji.

“Jika dem4m berlarutan pergi hospital segera, mungkin kita ingat dem4m biasa tapi sebenarnya tidak. Tak semestinya Covid-19 je peny4kit yang ada sekarang ni.

“Bagi yang berkemampuan lebih tu, segeralah buat medical card. Kita rasa kita tak akan s4kit, tapi bila dah s4kit nanti menyes4l tak sudah bila melihat kos rawat4n,” katanya.

Sumber : Mstar

Leave a Comment