“Kau bukan manusia, pun tak layak dipanggil b1natang” – Uncle Kentang terke.san baca WhatsApp ibu tunggal hidup sus4h, tak minta bantu4n… hanya tag1h kata-kata semangat

Uncle Kentang berkongsi kisah hiba menerima mesej seorang ibu tunggal yang kesemp1tan hidup.
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beb4nan.

Itulah peribahasa sesuai bagi menggambarkan situasi yang dial4mi seorang ibu tunggal selepas dit1nggalkan bek4s suami, empat tahun lalu.

Kisahnya dikongsikan oleh aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang di Facebook.

“Awal pagi saya dirujuk oleh ibu tvnggal. Wahai lelaki, di mana letak kejantananmu? Kau bukan manusia, kau pun tidak layak dipanggil bin4tang kerana bin4tang lebih menyayangi dan mengasihi anak-anak mereka,” tulis Chee Heng pada perkongsian tersebut.

Menerusi posting tersebut, Uncle Kentang turut berkongsi paparan mesej penuh hiba yang diterima daripada ibu tvnggal itu yang bercerita mengenai kesemp1tan hidupnya bersama tiga anak yang masih kecil.

Bukan bantuan wang atau makanan yang dit4gih, sebaliknya wanita berkenaan hanya meminta kata-kata pos1tif daripada aktivis masyarakat itu agar dirinya kuat mengh4rungi kesuk4ran hidup.

Mesej yang diterima oleh Uncle Kentang daripada seorang ibu tvnggal.

“Maaf g4nggu Uncle. Saya Julia dari Port Dickson, ibu tvnggal kepada tiga anak, 13 tahun, 10 tahun dan empat tahun. Boleh tak Uncle beri semangat dan kata-kata pos1tif kepada saya untuk terus kuat dalam kehidupan saya?

“Saya dit1nggalkan suami semasa meng4ndung dua bulan, empat tahun yang lepas. Suami tak beri sebarang nafkah hampir empat tahun. Saya bekerja ‘part time’ sahaja di Petronas Lukut.

“Setiap bulan saya kena bayar sewa rumah, api, air, kereta, duit sekolah, susu, pampers, duit pengasuh, makan minum dan macam-macam lagi. Gaji saya RM750 sebulan tak cukup untuk tampung semua perkara,” luah wanita itu menerusi mesej yang dihantar kepada Uncle Kentang.

Menurutnya, dia sering men4ngis mengen4ngkan nasib diri yang terp4ksa berhempas pulas mencari rezeki demi men4nggung segala perbelanjaan dan komitmen bulanan.

Uncle Kentang dikenali ramai kerana sering menghulurkan bantuan terutama berkaitan pernghantaran jen4zah.

“Kadang-kadang saya tak ada duit nak bayar sewa rumah, duit api, air. Saya dapat bantuan JKM juga tapi masih tak boleh cover t4nggungan saya.

“Saya terlalu ker4p menang1s sehinga mengh1dap anx1ety. Sekarang hampir nak raya, saya belum buat persiapan untuk anak-anak. Saya berdoa kepada Allah semoga saya dipermudahkan urusan.

“Saya minta Uncle yang baik hati ni diberi hidayah juga. Saya minta doa juga dari Uncle untuk beri saya semangat ya,” tulisnya.

Namun dek kerana tersentuh dengan penderitaan yang ditanggung wanita berkenaan, Chee Heng memberi jaminan untuk membantu meringankan beb4nan yang ditanggungnya.

“Jangan gus4r puan, tetap tabah dan yakin kerana tuhan telah memilihmu untuk diuji. Akan kita berikan sedikit sumbangan dan juga lain-lain kebendaan yang perlu. Semoga kita jumpa di akhirat nanti,” tulis Chee Heng dalam perkongsian yang sama.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sed1h dan s1mpati dengan nasib wanita berkenaan, dan dalam masa yang sama mengkagumi sikap aktivis masyarakat itu yang tidak lokek menghulurkan bantuan sungguh pun berlainan bangsa dan agama.

“Tumpang sed1h… kadang-kadang ingat kita saja yang sus4h, rupa-rupanya ada lagi orang yang lebih sus4h.

Antara komen netizen yang memuji usaha Uncle Kentang.

“Moga Allah campakkan hidayah buat Uncle yang budiman.

“Semoga Uncle dikurniakan kesihatan yang baik supaya terus membantu orang lain,” demikian antara komen yang dil0ntarkan netizen.

Sehingga kini posting tersebut meraih lebih 120 shares di Facebook.

Sumber : Mstar

1 thought on ““Kau bukan manusia, pun tak layak dipanggil b1natang” – Uncle Kentang terke.san baca WhatsApp ibu tunggal hidup sus4h, tak minta bantu4n… hanya tag1h kata-kata semangat”

  1. bersabarlah tidak perlu menunding jari kepada sesiapa pun tanya dalam diri anda sendiri tidak perlu membuka aib sesiapa sesungguhnya tuhan itu tidak zalim hanya kita yang menzalimi diri sendiri janji allah itu pasti sesudah kesempitan akan ada kesenangan perbanyakkan solat taubat memohon keredoan darinya kerana ia maha mengetahui apa yg terkandung didada anggap ia sebagai takdir supaya hati merasa tenang dan bersyukur apa yg ada jangan dikenang yg sudah tiada insyaalah ramai akan datang membantu merigankan beban walaupun benci sekalipun jangan sampai menghina sesama manusia kita semua akan depertemukan nanti di pdg mahsyar disitulah tempat utk menuntut apa sahaja hak disini hanya sementara menunggu giliran untuk pergi kejarlah harta dunia namun ia tak pernah mencukupi …..sekian to be cotinue

    Reply

Leave a Comment