Kerjanya urus jen4zah dan t4ngkap ular, tapi dua-dua kerja amal! Pemuda ini pernah dapat 2 panggilan serentak, agaknya mana satu nak bantu dulu?

Muhamad Hafiz melakukan kerja amal sebagai seorang penangkap ular dan salah seorang team pengurusan jen4zah di Perlis.
MELAKUKAN dua pekerjaan dalam satu masa merupakan perkara yang agak biasa pada ketika ini, termasuklah bagi pemuda bernama Muhamad Hafiz Alias.

Namun apa yang membezakan pemuda ini dengan mereka yang melakukan dua kerja untuk meraih rezeki adalah jenis pekerjaan yang dilakukan.

Pemuda berusia 30 tahun ini memilih untuk menjadi sebahagian daripada team pengurusan jen4zah merangkap penangkap ular dalam masa yang sama.

Lebih ‘rare’, kedua-dua pekerjaan tersebut adalah kerja amal untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Sebelum ini saya bekerja di Taman Ular Perlis sejak hampir empat tahun lalu. Dalam masa yang sama sejak pandemik melanda, saya menjadi sukarelawan untuk menghantar jenaz4h pes4kit Covid-19 ke tanah perkuburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Namun dua minggu lalu saya ambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan di Taman Ular. Jadi ketika ini saya buat kerja amal secara persendirian tanpa terikat dengan mana-mana majikan.

“Jenaz4h pes4kit Covid-19 sudah diuruskan pihak hospital, dan tugas saya adalah untuk hantar ke perkubur4n. Saya tak terlibat dalam urusan menyempurnakan jen4zah tersebut.

“Namun saya terlibat dengan pengurusan jen4zah biasa. Ada masanya team pengurusan jen4zah di Perlis panggil untuk minta bantuan sama ada dari segi urusan memandikan, mengkafankan dan hantar ke kubur,” kata anak jati Arau, Perlis ini.

Muhamad Hafiz sentiasa bersedia menerima panggilan daripada mereka yang memerlukan bantuannya untuk men4ngkap ular.

Banyak berkongsi video dan gambar di TikTok ketika melakukan dua pekerjaan tersebut, Muhamad Hafiz turut berkongsi pengalaman yang mana dia pernah menerima dua panggilan untuk menangkap ular dan menghantar jenazah pada masa sama.

“Mujurlah masa t4ngkap ular tu tak ambil masa lama. Selepas selesai, terus bergegas menghantar jenaz4h pula,” kata anak kedua daripada lima beradik ini.

Muhamad Hafiz pernah terlantar ko.ma selama dua minggu kerana dipatuk ular tedung selar pada 2019.

Bercerita mengenai kemahirannya menangkap ular termasuk spesies berbisa seperti tedung selar dan ular senduk, Muhamad Hafiz berkata dia mewarisi ilmu tersebut daripada bapanya.

“Ayah saya dulu pernah bekerja di Taman Ular dan selalu bantu t4ngkap ular. Jadi kemahiran itu menurun kepada saya pula. Hanya saya seorang saja dalam adik beradik yang mewarisi kemahiran ini,” katanya yang terkenal dengan nama jolokan Hafiz King di sekitar Perlis.

Bercerita serba sedikit mengenai pekerjaan yang beris1ko tinggi itu, Muhamad Hafiz berkata dia tidak mengamalkan ilmu khusus sebaliknya hanya menguasai teknik dan sifat ular.

“Ular yang masuk rumah orang seperti tedung selar ni memang ‘dia’ suka lari sebab liar… jadi susah nak t4ngkap. Saya cuma tarik perhatian, cuba main-main dulu bagi dia hilang stres. Bila dia angkat kepala dan tegak, masa itulah sambar lehernya,” kongsinya.

Sungguhpun sudah mempunyai pengalaman mengendalikan ular selama beberapa tahun, Muhamad Hafiz tidak terkecuali menjadi mangsa patukan reptilia itu.

“Sepanjang terlibat dengan ular, dah sembilan kali saya kena patuk… dua daripadanya hampir meragut ny4wa saya. Masa dipatuk pada 2017, saya masuk hospital juga.

Muhamad Hafiz melakukan kerja amal sebagai salah seorang team pengurusan jen4zah di Perlis.

“Tapi paling tak boleh lupa, kejadi4n pada 2019 di mana saya dipatuk ular tedung selar sehingga koma dua minggu di hospital. Nak kata serik, awal-awal tu serik juga.

“Tapi bila fikir balik, ramai yang memerlukan bantuan dan libatkan nyawa mereka juga. Bila dapat panggilan minta tangkap ular, seboleh-bolehnya saya akan cari sampai jumpa. Sebab kita bimb4ng, kalau tak jumpa ular, nyawa penghuni dalam bahaya.

“Selepas jumpa, saya lepaskan ke habitatnya yang jauh dari rumah orang. Dua kerja yang saya buat ni memang kena standby selalu sama ada tengah malam atau awal pagi. Penat tapi bila ingat nawaitu asal, penat tu hil4ng. Selagi saya sihat, selagi itulah saya akan cuba bantu,” akhirinya.

Sumber : Mstar

Leave a Comment