“Kita usaha ye sayang ke syurga..” – Saharul Ridzwan sambut ‘anniversary’ ke-5

Pelakon Saharul Ridzwan membuat dedikasi istimewa untuk isterinya, Deena Emir sempena ulang tahun perkahwinan yang kelima hari ini.

Menerusi posting di laman Instagram, pemilik nama Mohd Saharul Ridzwan Hashim itu memuat naik sekeping gambar ketika majlis pernikahan mereka dalam persalinan serba putih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAHARUL RIDZWAN® (@saharulridzwan)

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, dia bersyukur atas perkahwinan yang dibina selama ini selain berusaha sebaik mungkin untuk membawa isteri dan anak-anaknya menuju ke syurga.

“MasyaAllah Tabarakallah. Dah 5 tahun hari ni.

“50 ribu tahun sebelum Allah ciptakan langit dan bumi, Allah dah takdirkan saya akan bersama awak, sebagai suami isteri. Tapi kita tak tahu apa di depan.

“Tapi saya tahu apa yang saya nak sekarang. Saya nak bersama2 keluarga saya di syurga firdaus, bersama2 kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Kita usaha ye sayang untuk ke sana. InShaaAllah,” tulisnya.

Posting tersebut menerima lebih 80,000 tanda suka dan ratusan komen daripada rakan artis serta pengikutnya yang turut mengucapkan syukur dan ‘happy anniversary’ kepada pasangan berkenaan.

Rata-rata mendoakan rumah tangga pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu bersama isterinya kekal bahagia dan dilimpahi kasih sayang serta rahmat Allah SWT.

Tahniah! ‘Happy anniversary’

Cepat masa berlalu.. moga terus bahagia!

Pasangan itu berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 4, dan Fateema Azzahra yang kini berusia setahun.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan Via OMM

Leave a Comment