Lagu Michael Jackson Dinyanyikan Semula Amir Masdi, “Gifted Suara Padu”

Salah seorang bintang berbakat besar, Amir Masdi nampaknya semakin diminati ramai. Suaranya yang serak-serak basah cukup merdu didengar. Berilah apa juga lagu, semua boleh dinyanyikan dengan baik sekali.

Sebelum ini video Amir Masdi menyanyikan semula lagu-lagu popular telah berjaya mencuri perhatian ramai. Lagu seperti Beggin’, When I was Your Man, More Than Words dan banyak lagi mendapat pujian umum.

Kali ini lagu Michael Jackson judul Man In The Mirror pula dinyanyikan oleh Amir Masdi. Sebuah lagu yang agak popular dinyanyikan Raja Pop yang masih dikenali ramai sehingga kini. Berikut adalah rakaman pendek lagu popular ini yang dimuat naik diInstagram Amir Masdi baru-baru ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AM (@amir.masdi)

Suara dan cara pembawaan lagu yang tak dapat disangkal lagi kehebatannya. Untuk rakaman penuh boleh saksikan di Youtube Amir Masdi seperti berikut:

Sudah pastinya lagu Michael Jackson dinyanyikan Amir Masdi ini turut mendapat perhatian umum. Berikut adalah reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan perkongsian video tersebut:

“Love loveeeee this song! King of pop Michael Jackson! Lepas ni lagu the way you makes me feel please”

“Sedap g1la suara even duduk rilex cam tu jeee..Gifted suara padu”

“International level of singing. Lirik pun meaningful, self reflection”

Sumber : HCL

Leave a Comment