Lebih 1 juta views untuk video kucing dapat ‘pembal4san’ gara-gara suka cakar sofa, terselamat sebab pandai buat tuannya ‘cair’

Gelagat Guccies meminta bantuan untuk dilepaskan dari sofa menarik perhatian warganet.
GELAGAT seekor kucing gebu mengenyit mata seakan meminta pertolongan untuk melepaskan cengkaman kukunya yang melekat di sofa tuannya baru-baru ini ternyata menghiburkan hati warga maya.

Video yang dikongsikan pemiliknya, Norsyaleena Zulkifli, 20, itu setakat ini telah ditonton hampir satu juta kali di laman TikTok.

Bercakap kepada mStar, Norsyaleena yang berasal dari Klang, Selangor berkata walaupun dia ada menyediakan tempat mengasah kuku, si bulus peliharaannya yang diberi nama Guccies itu sememangnya gemar mencakar sofa serta karpet.

“Dia memang suka cakar sofa. Karpet pun sama juga walaupun saya dah beli tempat cakar.

“Masa tersangkut tu dia tak bising, nasib baik saya perasan dan sempatlah rekod sebelum selamatkannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tapi kejap je dia tersangkut di situ sebab saya tak sampai hati tengok dia struggle,” ceritanya.

Dua lagi kakak Guccies bernama Oshin, berwarna oren dan Pappies.

“Nama dia Guccies sebab mak saya tengok dia ni vogue sangat, rasa dia paling cantik dalam rumah,” seloroh Norsyaleena.

Norsyaleena menjaga Guccies dan kakak-kakaknya sejak detik mereka dilahirkan.

Menurut Norsyaleena, Guccies merupakan ‘anak bongsu’ daripada tiga beradik yang kesemuanya disambut oleh dia dan sepupunya sewaktu kelahiran mereka.

“Itu memang kali pertama, takut tapi kena gagahkan juga sambut dia dan ‘kakak-kakak’ yang lain sebab kakak dia yang nombor dua tu lahir susah sikit memandangkan dia songs4ng jadi kena tunggu hampir 30 minit.

“Guccies keluar beberapa minit kemudian,” ceritanya.

Guccies (warna kelabu) dan kakak-kakaknya sewaktu kecil.

Menurut Nursyaleena, Guccies yang kini sudah berusia dua tahun merupakan baka ‘domestic short hair’.

Selain mencakar sofa, Guccies juga, katanya terkenal dengan sifatnya yang sangat kuat makan.

“Antara tiga beradik dia paling kuat makan, letak je makanan dia habiskan semua.

“Satu hari lebih enam kali dia makan, pagi dah empat kali ulang makan.

“Saya bagi dia campuran makan kering Purina One Cat Mix dengan Reflex Chicken,” katanya sambil menambah, Guccies sememangya sangat manja dengannya.

Sumber : Mstar

Leave a Comment