Lelaki ajar cara dapatkan sos yang telah sedikit di dasar botol

Sos yang tersekat di dasar botol adalah salah satu perkara paling menjengkelkan yang semua orang perlu hadapi kerana sos yang sedikit itu sukar untuk dituang keluar.

Jadi selain mengetuk bawah botol berkali-kali agar sos yang tersekat dapat dikeluarkan, ada juga yang akan meletakkan botol sos secara terbalik dan menunggu sebentar sehingga semua sos turun ke mulut botol.

Sementara itu ada juga yang akan menambahkan sedikit air ke dalam botol sos agar sos cair dan dapat dituang dengan mudah.

Namun seorang lelaki ini telah mengajar cara lain untuk mendapatkan sos yang tersekat di dasar botol dengan mudah.

Dalam video yang dikongsikan di Twitter, lelaki itu mengambil beg plastik dan memasukkan botol sos ke dalam sebelum memusing-musingkan beg plastik itu.

Tindakan itu yang dikatakan berkaitan dengan ilmu fizik iaitu daya emparan membuatkan semua sos akhirnya turun ke mulut botol dan dapat dituang keluar dengan mudah.

Tips yang dikongsikan oleh lelaki Indonesia itu meraih tumpuan ramai yang kagum dengan aplikasi sains dalam helah itu dan dipercayai turut boleh digunakan untuk botol-botol lain seperti shampu dan losyen.

“Profesor fizik ada ajar…”

“Bimbang botolnya ke dinding…

Sementara itu anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah ini.

Sumber : HCL

Leave a Comment