“Para.ng dah asa.h. Balik Malaysia, nah4s kau!” – Diugu.t bunvh, Caprice tak gentar

Berikutan kontroversi hangat melibatkan dirinya dan pendakwah bebas terkenal Ebit Lew, ramai yang tidak senang dengan tindakan Caprice sehingga ada yang sanggup mengug.ut penyanyi rap terbabit.

Baru-baru ini, Caprice tampil mendedahkan identiti seorang individu tidak dikenali yang telah mengu.gut untuk membunvhnya.

Menerusi satu hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Ariz Ramli itu memuat naik mesej berbaur anc4man daripada seorang individu menggunakan akaun @fik_jamal yang dipercayai merupakan seorang ‘chef’.

Terima ugut4n bunvh

 

“Sikit hari lagi m4mpus kau ini. Kau bila nak balik Malaysia. Parang dah lama asah. Lama tak makan darah Yahudi ini.

“Aku tahu kau balik sahaja sini nah4s kau. Nah4s!” ug.ut individu berkenaan.

Sementara itu dalam hantaran sama, penyanyi rap berusia 33 tahun itu menegaskan bahawa dia sama sekali tidak takut dengan ugvtan bunvh berkenaan.

“Kita tidak ‘goyang’ langsung, tiada ugut4n-ugut4n macam @fik_jamal. Tunggu @pdrmsia_offical Insya-Allah.

“Nanti kita sampai Kuala Lumpur (KL) Caprice tunggu awak depan pagar. Caprice mohon @malaysiaairlines periksa cef ini, pastikan pisau itu tajam sikit jangan guna pisau plastik,” balasnya.

Banyak terima ugut4n daripada ‘pent4ksub’

Selain itu, pelantun lagu Koyak tersebut turut memuat naik Insta Story mengakui bahawa sejak perancangannya untuk mengadakan LIVE di Instagram tempoh hari, dia telah menerima banyak ugut4n daripada ‘pent4ksub’.

Dedahnya lagi, ugut4n itu datang daripada pelbagai pihak sama ada netizen biasa mahupun individu yang berlatar belakang ‘luarbiasa’.

Namun begitu, Caprice menegaskan dirinya sama sekali tidak akan menarik diri daripada melakukan misinya walaupun nyawanya terletak di hujung tanduk.

Sumber: Instagram Caprice Via OMM

Leave a Comment